Wednesday, 23 May 2012

~Tafsir Bi Al-Mathur~ PPISMP SEM3

Tafsir bi Al-Mathur

Pengertian
                Al- Ma‘thur adalah Isim Maf’ul berasal daripada perkataan ( أثرت الحديث أثرا ) dari bab(قتل). Percakapan al-Ma’thur ialah percakapan yang yang dipindahkan ( المنقول) sama ada dari al-Quran itu sendiri, atau dari Rasul S.A.W atau dari kalangan para sahabat dan tabi’in.Tafsir bi al-Ma’thur ialah tafsir yang dipindahkan atau yang diriwayatkan samaada ianya secara mutawatir ataupun sebaliknya.
            (Dari kata atsar yang berarti sunnah, hadits, jejak, peninggalan) kerana dalam melakukan penafsiran seorang mufassir menelusuri jejak atau peninggalan masa lalu dari generasi sebelumnya terus sampai kepada Nabi SAW.
Tafsir bi al-Matsur adalah penjelasan Al-Qur’an sendiri, dari Rasulullah SAW  yang disampaikan kepada para sahabat, dari para sahabat berdasarkan ijtihadnya, dan dari para tabi’in juga berdasarkan ijtihadnya.

Perkembangan Tafsir bi Al-Mathur

Perkembangan Tafsir bi Al-Mathur terbahagi kepada lima peringkat iaitu :
Pertama: Secara Lisan atau periwayatan. Berlaku pada zaman sahabat dan permulaan zaman tabiin iaitu kurun pertama hijrah pada zaman Khulafa’ al-Rasyidin dan kerajaan Bani Ummayah
Melalui cara ini, para sahabat mengambil penafsiran daripada Rasulullah saw atau para sahabat meriwayatkan daripada sahabat iaitu dengan cara penukilan yang boleh dipercayai, diteliti dan mengambil berat tentang sanad periwayatan. waktu ini lahirnya mufassirin dari kalangan sahabat utama seperti khulafa’ al-Rasyidin, Ibn Masud, Ibn Abbas, Ubai bin Kaab dan Aisyah r.a. Keadaan ini berterusan sehingga zaman permulaan tabiin yang mana mereka menerima secara lisan dari sahabat. Pada zaman ini munculnya Madrasah Tafsir; Ibn Abbas di Mekah, Ubay bin Kaab di Madinah dan Abdullah bin Masud di Kufah.

Kedua: Secara penulisan bersama dengan hadith.
Cara kedua adalah hasil lanjutan daripada cara pertama iaitu riwayat-riwayat tersebut dicatat. Pada peringkat awal ia ditulis dalam kitab-kitab hadith seperti kitab al-Tafsir dalam sahih al-Bukhari.
Cara ini berlaku pada zaman tabiin dan tabi’ tabiin iaitu pada kurun ke-2 Hijrah pada zaman pemerintahan kerajaan Abasiah. Golongan tabiin dan tabi’ tabiin telah mencatat riwayat-riwayat tafsir sama ada dalam bentuk marfu’ atau mauquf pada sahabat atau kata-kata tabiin yang utama(Kibar al-Tabiin). Riwayat-riwayat ini ditulis dengan sanad bersama dengan hadith-hadith termasuklah pandangan sahabat berkaitan hadith, fiqh , aqidah dan istinbat hukum. Pada masa ini munculnya Mujahid (104H), Said bin Jubayr (95H), Qatadah (118H) yang mencatat tafsiran guru mereka Ibn Abbas, Muhammad bin Kaab (120H), Zaid bin Aslam (136H) yang mencatat tafsiran Ubay bin Kaab dan Hasan al-Basri (110H) dan Masruq bin al-Ajda’ (63H) yang mencatat tafsiran Abdullah bin Mas’ud.

Ketiga: Penulisan tafsir bil Ma’thur dengan jalur sanad terasing dari hadith
Pada peringkat ini tafsir bil Ma’thur ditulis secara berasingan dari hadith. Penulisan ini berlaku pada zaman Atba’ al-Tabiin iaitu pada kurun ke-2 dan ke-3 hijrah. Antara tafsir yang dibukukan pada tempoh ini ialah:

(a)  Sahifah Ali bin Abi Talhah (143H) yang mencatat riwayat Ibn Abbas.
(b)  Tafsir Sufyan bin Said al-Thawri (161H)
(c)  Tafsir Sufyan bin Uyahnah (198H)
(d)  Tafsir Abd al-Razzaq bin Hammam al-San’ani (211H)
(e)  Tafsir Abd bin Humayd (249H)
(f)   Tafsir Ishaq bin Rahawayh (238H)
(g)  Tafsir al-Nasai (303H)


Keempat: Penulisan tafsir secara lengkap beserta dengan sanad yang bersambung
Peringkat ini berlaku sekitar tahun ke-4 Hijri dengan tafsir menjadi satu disiplin ilmu yang tersendiri dan berpisah secara sepenuhnya dari hadith. Para mufassirin sepanjang tempoh ini berusaha mengumpulkan riwayat yang ma’thurat dalam tafsir dari hadith-hadith, kata-kata sabahat, kata-kata Tabiin dan Tabi’ Tabiin.
Pada peringkat ini munculnya tafsir al-Quran yang lengkap mengikut susunan mushaf dengan menyebut riwayat-riwayat dan pandangan-pandangan yang ma’thur bagi setiap ayat.
Antara tafsir yang dibukukan pada peringkat ini ialah:

ü  Tafsir Ibnu Majah (273H)
ü  Tafsir Imam Ibnu Jarir al-Tabari (310H)
ü  Tafsir Abu Bakar bin al-Mundhir al-Naysaburi (318H)
ü  Tafsir Ibn Abi Hatim al-Razi (327H)
ü  Tafsir Ibn Hibban (369H)
ü  Tafsir al-Hakim (405H)
ü  tafsir Abu Bakar bin Mardawayh (410H).
ü   
Kelima: Pengguguran Sanad dari tafsir bil Ma’thur
Peringkat ini adalah peringkat selepas al-Tabari, Ibn Abi Hatim, Ibn al-Mundhir dan Ibn Mardawayh. Pada peringkat para pentafsir menggugurkan sanad riwayat-riwayat tafsir dengan tujuan memudahkan penuntut ilmu tafsir. Mereka menyebut semua riwayat tanpa mengambil kira riwayat yang sohih dan daif. Oleh kerana riwayat-riwayat tersebut ditulis tanpa sanad maka sukar sekali untuk menilai riwayat tersebut dan membezakan antara riwayat yang sohih dan daif. Para pentafsir pada peringkat ini menyebut pelbagai pandangan yang ma’thur dari sahabat atau tabiin atau tabi;tabiin sehinggakan ada diantara riwayat tersebut bertentangan antara satu sama lain.


Antara tafsir yang menjadi contoh kepada peringkat ini ialah :
ü  Tafsir Bahr al-Ulum oleh al-Samarqandi
ü  Al-Kashf wa al-Bayan An Tafsir Al-Quran karya Abu Ishaq al-Tha’labi
ü  Tafsir Bahr al-Muhit karangan Abu Hayyan
ü  Al-Durr al-Manthur fi Tafsir bil Ma’thur hasil tangan al-Sayuti
ü  Tafsir al-Quran al-Azim hasil garapan Ibn Kathir al-Dimashqi
ü  Fath al-Qadir tinggalan al-Shawkani.

Syarat-syarat Tafsir bi Al-Mathur
*     Mempunyai pengetahuan yang cukup mengenai ilmu hadith riwayat dan dirayat
*     Benar-benar mengetahui sunnah yang berkaitan dengan tafsir, kemudian mengenai kata-kata sahabat, tabiin dan imam-imam mujtahid.
*     Berkemampuan mengumpul dan menserasikan riwayat-riwayat yang bercanggah
*     Mengetahui hakikat perselisihan tafsir dan sebab-sebabnya.
*     Mengetahui tentang asbab al-Nuzul dan ilmu nasikh mansukh, kerana pengetahuan tentang asbab al-Nuzul membantu memahami nas dan ilmu nasikh mansukh untuk mengetahui ayat yang muhkam dan mansukh.
*     Memetik pendapat yang sepakat sahaja dan tidak memetik pendapat yang gharib(asing)
*     Tidak bersandar kepada riwayat-riwayat Israiliyyat.




Sumber-sumber Tafsir bi Al-Mathur

1. Tafsir al-Quran dengan al-Quran
Sebaik-baik cara pentafsiran hendaklah mentafsirkan al-Quran dengan al-Quran, sebab perkara yang dijelaskan secara mujmal pada satu ayat diperincikan di tempat lain. Sehubungan itu Ibn Kathir berkata:
“ Sekiranya ada orang bertanya, apakah jalan terbaik mentafsir, maka jawapannya ialah al-Quran itu sendiri.”

Mentafsir al-Quran dengan al-Quran dapat dilihat dari berbagai sudut.
a)    Penafsiran terhadap ayat yang ringkas
b)    Penafsiran secara lebih jelas terhadap ayat yang berbentuk menyeluruh (mujmal)
c)    Penafsiran dengan mengkhususkan ayat-ayat yang umum.

2. Tafsir al-Quran dengan hadith Rasulullah saw
Tafsir al-Quran dengan hadith Rasulullah saw merupakan cara kedua mentafsirkan al-Quran sekiranya pentafsir tidak mendapat pentafsirannya dari ayat yang lain.Imam al-Safie menyebut: Segala apa yang diberikan hukumnya oleh Rasul saw, maka itu adalah apa yang baginda fahami daripada al-Quran. Firman Allah(Surah al-Nisa 105) :
!$¯RÎ) !$uZø9tRr& y7øs9Î) |=»tGÅ3ø9$# Èd,ysø9$$Î/ zNä3óstGÏ9 tû÷üt/ Ĩ$¨Z9$# !$oÿÏ3 y71ur& ª!$# 4 Ÿwur `ä3s? tûüÏZͬ!$yù=Ïj9 $VJÅÁyz ÇÊÉÎÈ    “Sesungguhnya Kami menurunkan kepadamu (Wahai Muhammad) Kitab (Al-Quran) Dengan membawa kebenaran, supaya Engkau menghukum di antara manusia menurut apa Yang Allah telah tunjukkan kepadamu (melalui wahyuNya); dan janganlah Engkau menjadi Pembela bagi orang-orang Yang khianat.”
Pentafsiran hadith kepada al-Quran dapat dilihat dalam beberapa bentuk.
PERTAMA: Hadith menafsirkan terhadap ayat-ayat al-Quran yang mujmal (menyeluruh). Beberapa perintah dan kewajipan di dalam al-Quran datang dalam bentuk mujmal tanpa diterangkan cara-cara, syarat-syarat dan rukunnya, maka sunnah berfungsi menerangakan hukum al-Quran yang mujmal.
#sŒÎ*sù ÞOçFøŠŸÒs% no4qn=¢Á9$# (#rãà2øŒ$$sù ©!$# $VJ»uŠÏ% #YŠqãèè%ur 4n?tãur öNà6Î/qãZã_ 4 #sŒÎ*sù öNçGYtRù'yJôÛ$# (#qßJŠÏ%r'sù no4qn=¢Á9$# 4 ¨bÎ) no4qn=¢Á9$# ôMtR%x. n?tã šúüÏZÏB÷sßJø9$# $Y7»tFÏ. $Y?qè%öq¨B ÇÊÉÌÈ  
“kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan sembahyang, maka hendaklah kamu menyebut dan mengingati Allah semasa kamu berdiri atau duduk, dan semasa kamu berbaring. Kemudian apabila kamu telah merasa tenteram (berada Dalam keadaan aman) maka dirikanlah sembahyang itu (dengan sempurna sebagaimana biasa). Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan Yang Diwajibkan atas orang-orang Yang beriman, Yang tertentu waktunya”
            ibadat solat yang wajib ditunaikan mengikut waktunya disebut secara mujmal dalam surah al-Nisa’(ayat 103). Sunnah berupa kata-kata dan perbuatan berfungsi menjelaskan hukum al-Quran yang bersifat umum. Daripada hadith kita dapat mengetahui waktu solat, bilangan rakaat, rukun-rukun solat, perkara-perkara sunat, makruh dan membatalkan solat.




KEDUA: Hadith mengkhususkan terhadap sesuatu ayat yang umum.
ÞOä3ŠÏ¹qムª!$# þÎû öNà2Ï»s9÷rr& (….
“Allah perintahkan kamu mengenai (pembahagian harta pusaka untuk) anak-anak kamu..” (An-Nisa 11)
Ayat ini menjelaskan pensyariatan harta pusaka adalah umum untuk semua anak, Seorang anak berhak mendapat harta pusaka apabila bapa meninggal, namun hukum ini dikhususkan oleh hadith yang diriwayatkan oleh Imam Abu Daud:
Daripada Abdullah bin Amru r.Anhuma dari Rasulullah saw bersabda:
لاَ يَرِثُ للْقَاتِلِ شَيء
” Seorang yang membunuh tidak boleh mewarisi.”
Hadith ini mengkhususkan hukum yang umum dalam ayat, mana-mana anak yang membunuh bapanya sama ada secara sengaja atau tidak sengaja tidak berhak mewarisi harta bapanya.

KETIGA: Hadith menentukan ikatan terhadap sesuatu ayat yang mutlak.
öNä.ät!$|¡ÎS Ó^öym öNä3©9 (#qè?ù'sù öNä3rOöym 4¯Tr& ÷Läê÷¥Ï© ( (#qãBÏds%ur ö/ä3Å¡àÿRL{ 4 (#qà)¨?$#ur ©!$# (#þqßJn=ôã$#ur Nà6¯Rr& çnqà)»n=B 3 ̍Ïe±o0ur šúüÏZÏB÷sßJø9$# ÇËËÌÈ
“isteri-isteri kamu adalah sebagai kebun tanaman kamu, oleh itu datangilah kebun tanaman kamu menurut cara Yang kamu sukai dan sediakanlah (amal-amal Yang baik) untuk diri kamu; dan bertaqwalah kepada Allah serta ketahuilah Sesungguhnya kamu akan menemuiNya (pada hari akhirat kelak) dan berilah khabar gembira Wahai Muhammad) kepada orang-orang Yang beriman” (Al-Baqarah ayat 223)
Ayat ini diturunkan bagi menolak dakwaan orang Yahudi yang mengatakan orang yang menyetubuhi isteri dari belakang(bukannya dubur), maka anak yang dilahirkan akan menjadi juling lalu Allah swt membatalkan dakwaan mereka dengan menghalalkan suami mendatangi isteri dari arah mana yang mereka kehendaki.

KEEMPAT: Hadith menjelaskan kemusykilan yang terdapat pada ayat al-Quran.
4 (#qè=ä.ur (#qç/uŽõ°$#ur 4Ó®Lym tû¨üt7oKtƒ ãNä3s9 äÝøsƒø:$# âÙuö/F{$# z`ÏB ÅÝøsƒø:$# ÏŠuqóF{$# z`ÏB ̍ôfxÿø9$# (
“…dan makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam kegelapan malam), Iaitu waktu fajar… “ (Al Baqarah 187)
Ada dikalangan para sahabat yang berpendapat maksud benang ialah (العقال ) hakikat benang itu sendiri yang berwarna putih dan hitam. Tetapi ianya dijelaskan oleh Rasulullah saw :
بل هو سواد الليل وبياض النهار
Maksudnya: “Tidak begitu ! yang dimaksudkan ialah kegelapan malam dan terangnya siang.”



KELIMA: Hadith menguatkan kedudukan sesuatu hukum yang terdapat dalam al-Quran.
šúïÏ%©!$#ur šcrãÉ\õ3tƒ |=yd©%!$# spžÒÏÿø9$#ur Ÿwur $pktXqà)ÏÿZムÎû È@Î6y «!$# Nèd÷ŽÅe³t7sù A>#xyèÎ/ 5OŠÏ9r& ÇÌÍÈ
“dan (ingatlah) orang-orang Yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka Dengan (balasan) azab seksa Yang tidak terperi sakitnya.” (At Taubah ayat 34)
            Ayat ini dikuatkan lagi dengan hadith yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Abu Hurayrah r.anhu dari Rasulullah saw bersabda:
Mana-mana orang yang memiliki emas dan perak dan tidak menunaikan haknya, maka mereka akan diseterika dengan seterika yang dibuat dari api neraka, seterika itu dipanaskan di neraka jahannam, kemudian disapu pada dahi dan belakang mereka, apabila sejuk hukuman yang sama akan diulang, pada hari yang satu hari bersamaan 50, 000 tahun, sehinggalah Allah Taala menentukan hukuman antara hamba-hambanya lalu ditentukan jalannya samaada ke syurga atau ke neraka.[Hadith riwayat Imam Muslim no.987]
KEENAM: Hadith menerangkan dengan lebih meluas apa yang dikemukan oleh al-Quran.
Contohnya hadith yang menerangkan kedudukan benda-benda yang dihalalkan sama ada yang tinggal di laut atau di sungai, sabdanya:
Maksudnya: “ Adalah bersih airnya dan halal bangkainya.”
Jelasnya hadith Rasulullah saw memainkan peranan yang begitu penting dalam mentafsirkan ayat-ayat al-Quran. Tanpanya adalah amat sukar memahami rahsia-rahsia yang tersirat disebalik ayat-ayat Allah. Oleh itu para ulamak berpendapat hadith adalah unsur kedua terbaik dalam mentasebabkanfafsir al-Quran.
KETUJUH: Hadith mentafsirkan perkataan-perkataan al-Quran.
7. bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.
Siapakah yang dimurkai dan sesat dalam ayat di atas?
Diriwayatkan oleh Imam al-Thirmidhi dan Imam Ahmad dari Adi bin Hatim al-Tai R.anhu katanya: Berkata Rasulullah saw: Sesungguhnya mereka yang dimurkai ialah orang-orang Yahudi manakala mereka yang sesat ialah orang Nasrani.
[Lihat al-Thirmidhi:hadith no.2953, Ahmad:j.4, hal.378]
Rasul saw dalam hadith ini mentafsirkan sebahagian dari golongan yang dimurkai sebagai contoh dan bukannya khusus kepada orang Yahudi sahaja. Orang yang dimurkai Allah kerana mereka mengetahui kebenaran tetapi mereka meninggalkannya selepas mereka berilmu dan sifat ini sangat tepat dengan orang Yahudi, manakala golongan yang sesat ialah kerana kejahilan dan hal ini bertepatan sekali dengan orang Nasrani.
Demikianlah tujuh bentuk pentafsiran hadith terhadap al-Quran.

3.      Tafsir al-Quran dengan perkataan para sahabat
Tafsir sahabat adalah antara tafsir yang patut diterima dan dijadikan pegangan kerana mereka menerima ilmu secara langsung dari Rasulullah saw. Para sahabat menyaksikan wahyu, mengetahui asbab al-Nuzul dan memiliki kemampuan dalam memahami al-Quran(Ibn Taymiyyah)
Abdullah bin Masud menyebut tentang nikmat Allah kepadanya dalam memahami al-Quran:
“Tanyalah kepadaku. Maka Demi Allah yang tiada tuhan selain-Nya, tidak turun satu ayat dari kitab Allah melainkan aku mengetahui tentang apa diturunkan, di mana diturunkan, sekiranya aku mengetahui satu tempat seorang yang lebih tahu tentang kitab Allah dariku dan aku boleh sampai dengan kenderaan, nescaya aku akan bertemu dengannya.” [ Lihat Tahzib Tafsir al-Tabari , j.1, hal.42-43]
Namun tafsir para sahabat diterima menjadi pegangan dalam tafsir al-Quran perlulah memenuhi kriteria berikut:
a)    Sanadnya baik dan tidak terputus
b)    Perawinya bersifat adil dan mempunyai hafalan yang baik
c)    Riwayat tidak bertentangan dengan athar sahabat lain yang lebih kuat
d)    Riwayat tidak bertentangan dengan hadith nabi yang sahih
e)    Tidak bertentangan dengan al-Quran
Contoh:
Saidina Umar pernah dihadapkan dengan satu masalah di mana seorang lelaki telah dibunuh oleh ibu tiri dan saudaranya. Untuk menjatuhkan hukuman bunuh ke atas dua orang yang membunuh satu jiwa tidak begitu tepat kerana nas al-Quran hanya menyebut:
Lalu Sayyidina Ali memberi pandangan dan berkata:
“ Wahai Amirul Mukminin, jika tuan hamba lihat seorang itu berkongsi membunuh seekor kambing, maka masing-masing mengambil habuan masing-masing, adakah Amirul Mukminin akan memotong tangan-tangan mereka.” Jawab Saidina Umar : “ Sudah tentu..” Maka di jawab oleh Sayyidina Ali: Begitulah sebaliknya.
Dengan penjelasan Saidina Ali tersebut, Saidina Umar menulis surat kepada pegawainya agar dihukum bunuh kedua-duanya.

4.    Tafsir al-Quran dengan Pandangan Tabiin
Para ulama berselisih pandangan berhubung tafsir al-Quran dengan pandangan Tabiin adakah ianya termasuk dalam tafsir bi al-Ma’thur atau tidak. Pandangan yang kuat ialah tabiin termasuk dalam tafsir bi al-Ma’thur kerana mereka adalah murid kepada para sahabat.





@dafodiljue^_^




No comments:

Post a Comment